Jumaat, 15 Februari 2013

Sudah jelas dan nyata, berjaya juga snap gambar ni

Assalamualaikum.

Malam ni aku dah nampak dengan jelas, warna putih digusi atas anakanda aku ni. Lebar semacam je, mesti gigi kapak ni macam bapaknya. Kalu mengigit ni mesti meraung la si mangsa gigitan nanti....maklum la gigi bawah memang dah lama menunggu di gigi atas untuk keluar.

Tapi yang paling kesian ialah wife aku. Confirm dia suka menggigit semasa menyusu badan. Kena banyak bersabar bila jadi ibu, banyak pengorbanan dan keperitan hidup kena lalui termasuk la keperitan di'gigit' anak. No wonder Rasulullah S.A.W. sebut 3 kali ibu, baru sebut bapa bila Baginda ditanya tentang orang yang perlu kita taat sentiasa.

Rabu, 13 Februari 2013

Suatu tengahari selepas hujan...

Assalamualaikum...

Waktu lunch (tp aku makan brunch) hari ini agak nyaman dan berangin. Cuaca redup dan sinar matahari yang sedikit mengintai dibalik mendung awan, memberikan pemandangan yang santai dan selesa.

Hujan lebat disebelah pagi menyejukkan muka bumi Allah ini. Angin pantai yang bertiup kasar, nasi goreng ayam, lai chee kang dan ketawa rakan2 telah berjaya membuai aku menjadi layu dan mengantuk kuyu....

Kesimpulannya....hari cuti dan cuaca cerah ni gunanya utk kemas rumah, menebas atau mencangkul, bukan melepak kemudian bermalas-malas beramai-ramai. Peringatan untuk diriku ini.....

Selasa, 12 Februari 2013

Santai di rumah sepupu2 Dina dan Diha


Assalamualaikum....

Petang ni anak2 berjaya memujuk bapaknya untuk keluar dari rumah dan pergi berjalan2. Dengan muka yang sayu tapi penuh yakin, si kakak mengajukan soalan sinis.."eh mak! Tadi mak kata kita tak pegi mana2 pun ari ni, kenapa nak bersiap pulak?" Aku yang memang berada dekat dengannya menahan pedih telinga. "Saja nak keluar hantar barang sekejap. Kalau semua nak ikut, bersiap la," jawabku tegas.

Seronok jugak bebudak ni dapat jumpa pak ngah, mak ngah dan sepupu2. Kesiam pak ngah, kami datang serbu rumah dia sedang bergotong royong lagi. Sorry my brother....
Apapun piza tadi memang special treat petang tadi. Syabas la angah dan sara sebab sempat layan kami walaupun sibuk bergotong royong.

Hari Gotong Royong

Alhamdulillah....cuaca cerah dan indah. Sesuai utk gotong royong kat luar rumah. Petang sikit boleh la nak duduk luar rumah, menebas dan mencangkul apa yang patut. Laundry dah settle, dalam rumah 85% dah settle, kat luar rumah tak buat apa-apa lagi.

Rasa mcm nak basuh kereta dan moto....tp macam over rajin la pulak. Luar rumah belum mula tp dah berangan nak buat kerja lain. Biasa la, hangat tahi ayam la ni.

Sekarang jam 4.30.....time for outing. Bawak anak2 bersiar-siar jumpa pak ngah sekeluarga. Bosan dirumah perlu diubati...hihihii.

Dari AUTO ke MANUAL....

Assalamualaikum....

Dah beberapa hari mesin basuh kat rumah buat hal. Hal kecik je tp dah jadi serius sbb dia bertukar kepada mesin basuh manual plak (or semi-auto kot)...

Fungsi butang sume ok.....cuma bila on mcm biasa, x dgr pun bunyi air masuk. Belek2, tgk2; fungsi kawalan air dah x ok. Terpaksa la buka kepala paip, masukkan ke dln mesin secara manual, tunggu penuh br tutup paip air.

Arghhhh! Satu lg tugas tambahan. Kena plak time cuti cenggini...tukang repair pun tgh cuti. Esok akan ku usahakan mesin ini utk dihantar ke kedai atau dibelek sang algojo oppss pakar mesin basuh ni....

Nak ke mana cuti2 ni?


Assalamualaikum....

Cuti seminggu nih agak panjang rasanya walaupun baru 3 hari bercuti. Sekolah aku follow kebanyakan sekolah lain....amik cuti peristiwa dan 2 hari lg cuti berganti....
Pada mulanya aku rasa macam suatu pembaziran dan agak menyusahkan bila sekolah kena ganti 2 hari pada mac nanti....tp kalu difikirkan dengan teliti, bila mohon cuti berganti tu, dapat la cuti peristiwa skali.....kira ok la mcm tu...

Tp ada pendapat rakan yg bgtau kita x payah la cuti sbb kaum cina yg beraya, kenapa kita nak sibuk meraikannya?
Bg aku, ni kesempatan cuti yg ada utk org jauh nak balik kg. Org cina nak beraya tu hak dia, kita org melayu berhak cuti la. Gomen yg buat
law cuti mcm ni.....pulun aje la yg bleh....amacam?


Ahad, 23 September 2012

Banduan melepaskan diri di Kuantan ditahan semulaa

Banduan kes dadah yang melepaskan diri ke Taman Dato Rashid, Kuantan telah berjaya diberkas semula oleh pihak polis hasil laporan orang ramai dan penduduk setempat. Lelaki berusia 32 thn itu yang telah menimbulkan kekecohan pada hari Selasa lalu dengan bertindak agresif  didalam kereta polis sehingga menyebabkan kemalangan, telah ditahan jam 10 malam pada hari yang sama.