Jumaat, 15 Februari 2013

Sudah jelas dan nyata, berjaya juga snap gambar ni

Assalamualaikum.

Malam ni aku dah nampak dengan jelas, warna putih digusi atas anakanda aku ni. Lebar semacam je, mesti gigi kapak ni macam bapaknya. Kalu mengigit ni mesti meraung la si mangsa gigitan nanti....maklum la gigi bawah memang dah lama menunggu di gigi atas untuk keluar.

Tapi yang paling kesian ialah wife aku. Confirm dia suka menggigit semasa menyusu badan. Kena banyak bersabar bila jadi ibu, banyak pengorbanan dan keperitan hidup kena lalui termasuk la keperitan di'gigit' anak. No wonder Rasulullah S.A.W. sebut 3 kali ibu, baru sebut bapa bila Baginda ditanya tentang orang yang perlu kita taat sentiasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan