Rabu, 13 Februari 2013

Suatu tengahari selepas hujan...

Assalamualaikum...

Waktu lunch (tp aku makan brunch) hari ini agak nyaman dan berangin. Cuaca redup dan sinar matahari yang sedikit mengintai dibalik mendung awan, memberikan pemandangan yang santai dan selesa.

Hujan lebat disebelah pagi menyejukkan muka bumi Allah ini. Angin pantai yang bertiup kasar, nasi goreng ayam, lai chee kang dan ketawa rakan2 telah berjaya membuai aku menjadi layu dan mengantuk kuyu....

Kesimpulannya....hari cuti dan cuaca cerah ni gunanya utk kemas rumah, menebas atau mencangkul, bukan melepak kemudian bermalas-malas beramai-ramai. Peringatan untuk diriku ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan